BM | EN | 中文

Pusat latihan setempat baru bukti JDT mahu cipta penanda aras baharu

Pusat-latihan-setempat-baharu-bukti-JDT-mahu-cipta-penanda-aras-baharu.jpg

Gambar Ehsan JOHOR Southern Tigers

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 FEB: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan terus komited dalam meningkatkan standard dan mencipta penanda aras baharu bukan sahaja di dalam padang, malah di luar padang.

Dengan pembinaan pusat latihan setempat Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bertaraf dunia berhadapan Stadium Sultan Ibrahim, ia sekali gus menunjukkan semangat dan keazaman pemiliknya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam memperluaskan empayar JDT.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, kelab itu menyatakan pusat latihan tersebut meliputi bangunan berbentuk jata JDT serta dilengkapi dengan pejabat dan padang latihan tertutup.

Advertisement

Bangunan berkenaan juga turut dilengkapi dengan kemudahan fasiliti seperti stadium mini, pusat perubatan, gimnasium, auditorium, kolam renang, dewan makan dan kafeteria, serta asrama akademi remaja.

Sementara itu, pusat latihan JDT sedia ada di Padang Seri Gelam, juga turut dinaik taraf dan sudah memenuhi piawaian antarabangsa.

Walaupun mempunyai perancangan untuk berpindah, ia masih dinaik taraf dengan Pusat Medikal dan Kecergasan, ‘Cycling Studio’ dan Auditorium yang masih dalam pembinaan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top