BM | EN | 中文

Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, Johor Bahru dijadikan PPV PIKAS bermula 28 Jun

Pusat-Konvensyen-Antarabangsa-Austin-AICC-di-Taman-Mount-Austin-Azmin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU , 18 JUN: Kerajaan akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Covid-19 yang kedua di Johor pada 28 Jun ini.

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pusat kedua itu akan dibuka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC) di Taman Mount Austin, di sini.

“Hasil tinjauan yang dilakukan hari ini (Jumaat), saya dapati PPV PIKAS di AICC ini memenuhi kriteria yang ditetapkan kerajaan dan sudah sedia untuk beroperasi.

Advertisement

“Ia boleh menampung kapasiti antara 4,000 hingga 4,500 penerima vaksin sehari dan mempunyai 60 bilik suntikan vaksin, selain beberapa bilik pesakit.

“Tapi, untuk permulaan PPV ini akan menyuntik kira-kira 1,500 penerima vaksin sehari sebelum ia ditingkatkan kepada 4,500 penerima,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas membuat pemantauan persiapan PPV di bawah PIKAS Covid-19 di Austin International Convention Centre di sini pada Jumaat.

Advertisement

Mengulas lanjut, Azmin berkata, kerajaan memfokuskan pembukaan PPV PIKAS di empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak, sebelum dibuka di negeri lain.

Jelasnya, ia memandangkan empat negeri berkenaan mempunyai sektor pembuatan dan perkilangan yang besar dan usaha digerakkan dalam mengawal penularan Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top