BM | EN | 中文

Pusat Komuniti Layang-Layang akan buka bazar percuma pakaian Deepavali

marina-ibrahim-pusat-komuniti-dun-Layang-Layang-deepavali.jpg

Gambar Ehsan FB Marina Ibrahim

Advertisement

KLUANG, 14 OKT: Tanpa membayar, golongan yang memerlukan pakaian bagi menyambut perayaan Deepavali boleh memilikinya di Pusat Komuniti Harapan Layang-Layang.

Penyelaras pusat tersebut, Marina Ibrahim berkata, program pasar percuma adalah konsep yang dilakukannya dalam usaha membantu golongan yang memerlukan di kawasan Layang-Layang dan sekitarnya menyambut perayaan Deepavali.

“Pusat Komuniti kami akan menjadi Bazar Percuma pakaian Deepavali. Tarikh pembukaan akan dimaklumkan, sebab sekarang kumpul pakaian lagi.

Advertisement

“Tujuan hanya satu. Cuma nak berikan mereka yang kurang bernasib baik keceriaan, supaya mereka dapat rasa suasana seperti membeli belah di kedai yang cantik atau di bazar-bazar di luar sana.

Marina di Pusat Komuniti Harapan Layang-Layang yang dikendalikannya

“Cumanya di bazar ini, mereka boleh ambil secara percuma,” kata Marina dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Marina bersama rakan sukarelawan turut menghias pusat komuniti tersebut dengan tema Deepavali.

Advertisement

Marina sebelum telah pun menganjurkan beberapa program pasar percuma dengan mengagihkan pakaian dan barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan dengan kerjasama pusat khidmat parlimen Kluang dan Kulai.

Menceritakan pengalaman penganjuran pasar percuma sebelum ini, Marina berkata beliau akan cuba memperbaiki keadaan dan menambah baik fasiliti dan suasana program bagi keselesaan pengunjung.

“Dulu memang tak mampu. Setiap program baju terpakai hanya beralas banner terpakai. Tapi lama-kelamaan dapat lengkapkan segala peralatan supaya setiap orang lebih selesa.

Advertisement

“Mudah-mudahan bazar percuma ini dapat memberikan keceriaan dan meringankan beban mereka di luar sana.

“Untuk mereka yang nak menderma saree, lengha, kurta atau punjabi terpakai, boleh hubungi,” kata Marina yang turut mengalu-alukan para dermawan untuk menyampaikan sumbangan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top