BM | EN | 中文

Pusat Komuniti DUN Layang-Layang dilancar, Marina Ibrahim dilantik penyelaras

Pusat-Komuniti-Layang-Layang-dilancar-Marina-Ibrahim-dilantik-penyelaras2.jpg

Gambar Ehsan FB Marina Ibrahim

Advertisement

KLUANG, 17 SEPT: DAP Johor semalam melancarkan Pusat Komuniti Layang-Layang bagi memberikan perkhidmatan terbaik terutamanya kepada penduduk khususnya di kawasan pekan Layang-Layang dan kawasan sekitar.

Dalam pada itu, DAP Johor juga turut mengumumkan secara rasmi pelantikan Marina Ibrahim, yang bertugas sebagai pegawai khas ahli parlimen Kulai sebagai penyelaras DAP DUN Layang-Layang.

“Semalam, bersempena tarikh Hari Malaysia 16 September, DAP Johor secara rasminya membuka Pusat Komuniti Layang-layang.

Advertisement

“DAP Johor juga mengumumkan secara rasmi perlantikan Sdri Marina Binti Ibrahim sebagai penyelaras DAP DUN Layang-layang.

“Pusat Komuniti Layang-layang akan menjadi pusat sehenti bagi merancang program serta aktiviti melibatkan rakyat di DUN ini.

“DAP Johor yakin dengan pelantikan Marina Ibrahim sebagai penyelaras DUN akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menyantuni dan membantu rakyat Layang-layang yang terdiri daripada pelbagai kaum,” menurut kenyataan Marina Ibrahim.

Advertisement

Difahamkan komposisi rakyat di DUN Layang-layang ialah kira-kira 53 peratus orang Melayu, 33 peratus orang Cina dan 14 dari kaum India.

Sempena pembukaan rasmi Pusat Komuniti Layang-layang semalam juga, pusat khidmat itu telah mengedarkan sumbangan sayur sebanyak 500 bungkus untuk warga disini pada sebelah pagi.

Program sumbangan tersebut turut dihadiri ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, Naib Pengerusi DAP Johor merangkap Adun Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali dan Adun Senai, Alan Tee Boon Tsong.

Advertisement

“Pada tarikh yang bersejarah semalam, kami bertekad untuk lakukan yang terbaik buat kawasan DUN Layang-layang.

“Melalui Pusat Komuniti yang ditubuhkan, pelbagai aktiviti akan dirancang untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum, sesuai dengan semangat Hari Malaysia yang disambut bersama,” kata Marina lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top