BM | EN | 中文

Pusat Komuniti Adun Senai edar sayur percuma

Pusat-Komuniti-Adun-Senai-edar-sayur-percuma.png
Advertisement

KULAI, 9 DIS: Pusat Komuniti Adun Senai mengedarkan sayur-sayuran secara percuma kepada penduduk di sekitar kawasan Senai semalam untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Menurut pegawai khas Pusat Komuniti Adun Senai, Marina Ibrahim, sumbangan yang disalurkan dengan kerjasama sumbangan peniaga dan orang ramai itu juga bertujuan meringankan beban penduduk, terutama golongan B40.

“Pusat Komuniti Adun Senai selesai mengedarkan sayur kepada penduduk yang terjejas.

Advertisement

“Ada antara mereka mengadu sudah tiada bahan untuk dimasak di rumah. Sayur tadi akan diagih-agihkan kepada penduduk flat yang memerlukan,” kata Marina Ibrahim menurut catatan di laman Facebook semalam.

Dalam pada itu beliau memberitahu turut menyampaikan sumbangan berupa lampin pakai buang juga susu buat keluarga yang memerlukan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top