BM | EN | 中文

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bakri anjur program derma darah 22 November ini

Pusat-Khidmat-Rakyat-Parlimen-Bakri-derma-darah-Muar.jpg
Advertisement

MUAR, 19 NOV: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bakri akan menganjurkan program derma darah dalam usaha menampung bekalan darah negara.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bakri menerusi satu kenyataan memaklumkan, program selama sehari itu akan diadakan pada hari Ahad, 22 November ini bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Bukit Bakri, Muar.

Difahamkan, penganjuran program tersebut bagi membantu menambah bekalan darah yang berkurangan disebabkan negara dilanda gelombang ketiga COVID-19.

Advertisement

Program yang bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang itu dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Belia Bersatu Malaysia dan Persatuan Cheh Yin Chin Ser.

“Kami ingin menjemput orang ramai untuk turut serta secara aktif bagi membantu pihak Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan darah yang serius akibat penularan wabak ini. Satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa.

“Kami akan memastikan agar SOP dipatuhi semasa program berlangsung termasuk mengawal keluar masuk pengunjung, mengambil bacaan suhu, pembasmian kuman dan lain-lain.

Advertisement

“Kerjasama orang ramai adalah diharapkan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top