BM | EN | 中文

Pusat khidmat parlimen Simpang Renggam keluar peruntukan baiki jalan

parlimen-Simpang-Renggam-baiki-jalan-Kampung-Sri-Lalang.png
Advertisement

KLUANG, 27 JUL: Pusat khidmat ahli parlimen Simpang Renggam mengeluarkan peruntukan sendiri bagi memperbaiki jalan yang rosak di sebuah kampung kawasan parlimen itu.

Ahli parlimennya, Dr Maszlee Malik dalam satu kiriman di laman facebook beliau memberitahu, peruntukan bagi pembaikan jalan itu dikeluarkan sementara menunggu turapan penuh yang akan disempurnakan Pejabat Daerah Kluang.

“Saya menerima aduan daripada Ketua Kampung Sri Lalang berkenaan Jalan Pintas Batu 6 yang berlubang akibat dihakis laluan air.

Advertisement

“Keadaan jalan sebegini amat membahayakan keselamatan penduduk yang melalui jalan tersebut.

“Justeru, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Simpang Renggam sudah memperuntukkan wang untuk penurapan sementara jalan berlubang tersebut, sementara menanti penurapan sepenuhnya yang akan dilakukan oleh Pejabat Daerah Kluang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Dr Maszlee memaklumkan pihaknya kerap menerima permohonan membaiki atap dan bumbung dari penduduk setempat.

Advertisement

Baru-baru ini katanya, satu projek membaikpulih bumbung rumah telah berjaya disiapkan di Taman Renggam Jaya.

“Pemilik rumah ini penghidap penyakit angin ahmar dan kerap kurang sihat. Rumah adalah keperluan asas untuk rakyat.

“Pejabat Parlimen Simpang Renggam memandang serius permohonan seumpama ini. Rumah yang baik dan selesa akan memangkin isi rumah yang sihat dan bertenaga.

Advertisement

“Rakyat yang sihat lahir dari rumah yang bersih dan selesa,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top