BM | EN | 中文

Pusat khidmat parlimen Simpang Renggam baiki lebih 20 rumah

pusat-khidmat-parlimen-simpang-renggam-baiki-20-rumah-dr-maszlee-malik.png
Advertisement

KLUANG, 23 JUN: Pusat khidmat ahli parlimen Simpang Renggam telah membaiki lebih  20 buah rumah terutamanya kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan di kawasan ini.

Ahli parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dalam kirimannya di laman Facebook beliau berkata, peruntukan sedia ada segera dikeluarkan untuk membaiki rumah asnaf yang terlibat.

“Masuk rumah ini, sudah lebih 20 rumah kita baiki,” kata Dr Maszlee yang turut memuatnaik gambar sebelum, semasa lawatan dan selepas projek disiapkan di Kampung Parit Haji Hashim, dekat Simpang Renggam.

Advertisement

“Seperti kita semua tahu, tempat tinggal merupakan perkara paling asas yang setiap manusia perlukan.

“Justeru, Pejabat Parlimen akan sentiasa mengutamakan dan memberi perhatian kepada keperluan sebegini,” kata Maszlee lagi.

Dalam perkembangan lain, Dr Maszlee turut menyampaikan bantuan di beberapa kawasan di Simpang Renggam yang dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan.

Advertisement

Beliau berkata meskipun di sebahagian tempat air telah surut, namun mangsa tetap dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk keselamatan dan keselesaan.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Sungai Rambai, Kampung Shaari dan Kampung Sri Ampangan.

Barangan bantuan yang diedarkan terdiri dari keperluan asas seperti makanan, air mineral, khemah, tikar, selimut, hand sanitizer dan pelitup muka.

Advertisement

“Terima kasih kepada para sukarelawan PH yang segera menghulurkan bantuan untuk agihan bantuan malam tadi.

“Sama-sama kita berdoa agar musibah ini berlalu segera dan keadaan kembali seperti sediakala,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top