BM | EN | 中文

Pusat khidmat parlimen Pulai edar 1,600 kg ikan untuk penduduk setempat

sumbangan-ikan-ahli-parlimen-pulai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 APR: Pusat khidmat rakyat parlimen Pulai melalui inisiatif ahli parlimennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengedarkan 1,600 kilogram ikan di kawasan parlimen itu, semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan pusat khidmat rakyat parlimen Pulai itu, antara penduduk yang menerima bantuan tersebut ialah di kawasan Bukit Indah serta beberapa kawasan lain dalam parlimen itu.

Selain itu, sepanjang minggu ini para petugas pusat khidmat rakyat parlimen Pulai turut mengedarkan pelbagai barangan keperluan asas berupa makanan kepada para penduduk bagi meringankan beban yang dihadapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

“Mereka bukan meminta tetapi wajib dibantu kerana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai yang hilang punca pendapatan,” kenyataan dari laman FB Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai.

Malah ada di kalangan warga emas dan ibu tunggal yang turut dibantu melalui penyelarasan bantuan oleh pusat khidmat parlimen Pulai dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu turut menerima bantuan ialah kira-kira 48 keluarga Orang Asal di Kampun Bakar Batu, Perling.

Advertisement

Sehingga tengah malam tadi jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Johor adalah 503 dengan 256 daripadanya masih dirawat, manakala 234 telah discaj dan dibenarkan pulang.

Sebanyak 13 kematian dicatatkan di Johor dan 21 pusat kuarantin telah dibuka diseluruh negeri Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top