BM | EN | 中文

Pusat khidmat parlimen Pulai bantu kanak-kanak hadapi masalah penglihatan

Parlimen-Pulai-bantu-kanak-kanak-masalah-penglihatan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OKT: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai mellalui program khidmat masyarakatnya berjaya membantu adik Muhammad Azharuddin,10 yang berdepan masalah penglihatan

Penolong Pegawai Pembangunan dan Khidmat Masyarakat, Mohd Nizam Junait berkata, sumbangan berupa cermin mata bagi keperluan bagi rabun jauh itu dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh adik Muhammad dan keluarganya.

“Kita sudah mengenal pasti keadaan adik Muhammad dan masalah itu mengganggu pembelajarannya. Beliau tidak dapat melihat dengan baik selain keluarganya yang kurang berkemampuan.

Advertisement

“Sumbangan ini penting bagi dirinya dan ia sedikit sebanyak dapat membantu beliau meneruskan pembelajaran di sekolah.

“Apa yang pasti kita tidak mahu ada lagi murid seperti beliau di kawasan Pulai ini yang tidak dapat meneruskan pelajaran akibat maslah yang berlaku,” kata Mohd Nizam ketika dihubungi.

Beliau dalam pada itu turut menyampaikan penghargaan kepada MATA Optometrist Mutiara Rini, yang berkerjasama dengan pihaknya bagi menjayakan sumbangan tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu ibu kepada adik Muhammad Halimah Tun Saadiah Mohd Nasir, 39, bersyukur atas sumbangan dari parlimen Pulai kepada anaknya.

“Saya ibu kepada Muhammad Azharuddin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Salahuddin Ayub atas sumbangan cermin mata kepada anak saya.

“Ia memudahkan urusan pembelajaran dan lain-lain. Terima kasih juga kepada kedai cermin mata (MATA Optometrist) di atas sumbangan ini.

Advertisement

“Semoga Datuk Seri terus maju dalam membantu orang ramai khususnya di kawasan parlimen Pulai ini. Terima kasih sekali lagi kepada Datuk Seri Salahuddin Ayub,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top