BM | EN | 中文

Pusat Khidmat Parlimen Pasir Gudang edar pelitup muka

edar-facemask-parlimen-pasir-gudang.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 14 OKT: Atas kesedaran dan mengambil maklum berhubung penularan Covid-19 yang masih di tahap merbahaya, Pusat Khidmat Parlimen Pasir Gudang mengambil inisiatif untuk mengedarkan pelitup muka di sektar kawasan ini.

Pusat khidmat itu dalam satu kenyataan memaklumkan kerja-kerja pembungkusan dan agihan sedang giat dilakukan, antaranya di kawasan pasar di Masai dan pengunjung di kedai-kedai kawasan Pasir Gudang.

“Kami meneruskan kerja-kerja pembungkusan pelitup hidung dan mulut untuk edaran kepada rakyat. Kerja-kerja pengedaran akan kami lakukan dalam masa terdekat dan berperingkat di semua kawasan didalam Parlimen Pasir Gudang.

Advertisement

“Gejala Covid19 masih ditahap merbahaya dibeberapa kawasan. Kempen ‘Kita Jaga Kita’ kami teruskan bagi kesedaran bersama.

“Rakyat terus diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim memaklumkan kerja-kerja bagi pembinaan Hospital Pasir Gudang telah bermula.

Advertisement

Hassan turut memuatnaik di laman Faceook beliau gambar memaparkan kenderaan bagi kerja fizikal di tapak hospital tersebut telah pun bermula.

“Seperti dijanjikan oleh kerajaan dahulu dan sekarang; dan seperti diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dan sekarang tanpa mengira parti politik mana dan di pihak mana yang berjaya pada akhirnya ialah rakyat Pasir Gudang.

“Kelihatan terkini projek Hospital Pasir Gudang nampaknya telah bermula.

Advertisement

“Sama-samalah kita berdoa dan berusaha,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top