BM | EN | 中文

Pusat khidmat parlimen Muar bantu naiktaraf Kompleks Penghulu Sungai Balang, fasiliti sekitar

sebelum-selepas-Kompleks-Penghulu-Sungai-Balang.png

MUAR, 15 OGOS: Pusat khidmat parlimen Muar membantu beberapa projek menaiktaraf antaranya Kompleks Penghulu di Sungai Balang dan fasiliti di sekitar kawasan parlimen ini, baru-baru ini.

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq dalam hantaran di laman facebook beliau berkata kerja-kerja baikpulih dan naiktaraf tersebut telah selesai dilakukan bagi menunaikan hasrat masyarakat setempat.

Antaranya kerja-kerja naiktaraf Kompleks Penghulu di Sungaig Balang melalui penyelenggaraan keadaan pagar, membaikpulih permukaan lantai, memasang bumbung, dan membetulkan lampu di gelanggang futsal.

Bagi dewan tertutup kompleks itu kerja-kerja yang dilakukan adalah ubahsuai tandas yang uzur, pembinaan laluan orang kelainan upaya (OKU) dan memgecat semula gelanggang badminton sedia ada.

“Manakala di dewan terbuka telah dibina laluan OKU, disediakan peralatan dan penghadang bola jaring, dibuat garisan gelanggang bola jaring, dan dilakukan kerja-kerja pembersihan kawasan.

“Semoga fasiliti yang telah siap dinaik taraf ini dapat dimanfaatkan sebaiknya,” kata Syed Saddiq.

Tambah beliau, pejabat ahli parlimen Muar turut memenuhi hasrat para nelayan di Parit Kedondong untuk mendapatkan zink baharu di pondok mereka.

Bantuan tikar getah kepada mangsa banjir di Muar, baru-baru ini

“Kami juga telah memasang meter air dan elektrik, menampung kos lampu jalan dan lampu di jeti, serta menambah batu kasaran di kawasan sekitar.

“Segalanya demi memberi keselesaan kepada para nelayan kita,” katanya lagi.

Terdahulu Syed Saddiq menyerahkan bantuan fasa terakhir dalam bentuk kewangan dan sumbangan tikar getah kepada hampir 200 mangsa banjir dari DUN Maharani dan Sungai Balang dalam parlimen Muar.

Tambah beliau di pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pelan jangka masa pendek dan panjang sedang dirancang bagi menangani banjir di kawasa terjejas.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top