BM | EN | 中文

Pusat Khidmat Parlimen hargai sukarelawan program Sayangi Kluang

sayangi-kluang-wong-shu-qi.jpg
Advertisement

KLUANG, 7 JUL: Pusat Khidmat Parlimen Kluang menganjurkan jamuan penghargaan kepada sukarelawan Sayangi Kluang.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata jamuan tersebut bagi menghargai peranan para sukarelawan yang membantu penduduk di daerah ii yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lantaran penularan wabak COVID-19.

Antara program Sayangi Kluang yang diadakan sepanjang tahun ini ialah edaran barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan, projek membaiki rumah, jualan biskut raya, jahitan PPE untuk petugas barisan hadapan, pemberian percuma pakaian dan kempen derma laptop kepada mahasiswa.

Advertisement

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah berusaha membantu golongan yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.

“Marilah kita terus memupuk semangat saling bantu-membantu dalam komuniti Kluang ini,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Hadir sama dalam majllis jamuan penghargaan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota, Muhamad Said Jonit dan Adun Mengkibol, Chew Chong Sin.

Advertisement

Dalam pada itu Shu Qi memaklumkan, kerja-kerja menaiktaraf lampu jalan HPSV kepada LED sedang giat dilakukan antaranya di Jalan Kampung Paya ke Taman Permai dan Jalan Taman Puteri ke Jalan Padang Tembak.

Selain itu, lampu jalan di Jalan Mersing berhampiran simpang Taman Megah ke lampu isyarat Batu 3, Kluang turut dibaiki bagi meningkatkan pencahayaan jalan.

“Lampu jalan di beberapa kawasan telah dinaiktaraf daripada lampu HPSV kepada LED yang lebih cerah, tahan lama dan menjimatkan.

Advertisement

“Sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

“Tahniah dan terima kasih kepada pihak MPK atas kerja-kerja ini dan juga kepada Encik Jimmy Yap dan bekas Ketua Masyarakat Kg. Paya Encik Leong yang turut membantu merealisasikan pelaksanaan projek ini,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top