BM | EN | 中文

Pusat khidmat parlimen Bakri, DUN Bentayan anjur saringan Covid-19 dengan harga subsidi

Pusat-khidmat-parlimen-Bakri-DUN-Bentayan-anjur-saringan-Covid-19-dengan-harga-subsidi.jpg
Advertisement

MUAR, 18 JUN: Pusat khidmat parlimen Bakri dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan akan menganjurkan program saringan Covid-19 dengan harga subsidi serendah RM30 kepada penduduk di kawasan ini.

Menurut kenyataan penganjur, program itu adalah sebahagian daripada inisiatif mereka dalam usaha membantu membendung penularan Covid-19.

Program ini akan dilaksanakan hari Ahad, 20 Jun bermula dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi bertempat di Pejabat Adun Bentayan, Taman Sakeh, Muar.

Advertisement

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan ini .

Saringan itu akan menggunakan kaedah calitan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) dengan kos RM30 setiap sesi.

“Keutamaan akan diberikan kepada yang telah membuat tempahan awal melalui link yang disediakan atau Whatsapp no 017-3233166,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Orang ramai juga digalakkan untuk terus membuat bayaran ke akaun berikut “PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN BAKRI” (Maybank) 551043523224 dan WhatsApp gambar resit ke nombor 017-3233166.

“Bayaran secara tunai atau e-wallet juga boleh dibuat pada hari tersebut,” tambah kenyataan itu lagi,

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top