BM | EN | 中文

Pusat khidmat DUN Kota Iskandar, Unit Arif bersihkan rumah mangsa banjir

Amanah-gotong-royong-banjir-DUN-Kota-Iskandar.png
Advertisement

GELANG PATAH, 28 JUN: Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Unit Arif menjalankan aktiviti khidmat bantuan peringkat komuniti​​​​​​ bagi membantu membersihkan rumah mangsa bencana banjir.

Turut sama membantu dalam kerja banti tersebut antaranya NGO Budi Suci, pekerja Southern Waste Management (SWM), Pemuda Amanah Gelang Patah dan Unit Arif.

Selain itu pertubuhan Sahabat Amanah turut sama membantu mengedarkan sebanyak 40 bungkusan makanan selain khemah dan selimut untuk diserahakan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan ini.

Advertisement

Dalam pada itu Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad memaklumkan kerja-kerja pembersihan parit atau saliran pertanian akan dijalankan pada bulan Julai setelah proses sebut harga selesai.

Beliau yang menghadiri mesyuarat khas isu banjir di bawah kawasan Penghulu Tanjung Kupang. berkata, Jabatan Kerja Raya yang menyelenggara Jalan Negeri J4 (Jalan Pekan G/Pth-Pendas) akan melaksanakan kerja pembersihan parit di kiri kanan Jalan J4 pada Julai depan.

“Saya juga mencadangkan agar satu kajian teknikal yang menyeluruh dijalankan bagi mengenalpasti punca-punca banjir kilat di lima kampung di Gelang Patah iaitu Kg Tiram Duku, Kg Pekajang, Kg Tg Adang, Kg Pok dan Kg Tg Kupang).

Advertisement

“Ia agar kaedah penyelesaian jangka panjang dapat dikenalpasti. Semoga usaha kita semua dipermudahkan Allah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top