BM | EN | 中文

Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar sasar beri 1,000 pelajar gunting rambut secara percuma

dzuklefly-ahmad.jpg

Dzulkefly ketika melakukan gimik memotong rambut pelajar sempena Program Gunting Rambut Perdana Kembali Ke Sekolah Percuma di Dewan Sekolah Agama Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, hari ini.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 DIS : Seramai 1,000 pelajar dari golongan B40 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di sini disasarkan menerima manfaat sempena Program Gunting Rambut Perdana Kembali Ke Sekolah Percuma yang dianjurkan selama tiga hari.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, program pertama diadakan pada hari ini di Dewan Sekolah Agama Kampung Simpang Arang, Gelang Patah yang mensasarkan anak-anak orang asli.

Katanya, bagi hari esok, Sabtu, program berkenaan akan diadakan di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti manakala pada Ahad di Dewan Raya Pekan Gelang Patah.

Advertisement

“Kesemua tiga program ini mensasarkan 1,000 orang pelajar khususnya sekolah rendah yang bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam menghadapi sesi persekolahan.

“Tambahan pula ada dalam satu keluarga itu memiliki dua, tiga anak yang perlu potong rambut jadi usaha dilakukan ini dilihat dapat kurangkan beban ibu bapa.

“Disamping itu melalui program ini dapat merapatkan hubungan Pusat Khidmat Dun Kota Iskandar dan juga penduduk setempat,” katanya kepada JohorKini selepas merasmikan program tersebut, hari ini.

Advertisement

Dzulkefly yang juga ADUN Kota Iskandar berkata, program julung kali dianjurkan itu turut mendapat kerjasama dari sukarelawan dari sekitar daerah Johor Bahru.

Jelasnya, beliau juga amat berbesar hati dengan penyertaan sukarelawan yang masing-masing mempunyai kedai atau premis sendiri untuk bersama-sama menjayakan program perdana itu.

“Melalui program ini menunjukkan kita wujudkan budaya kerjasama muafakat dengan syarikat-syarikat ataupun mereka yang berniaga melalui sumbangan kepada masyarakat sendiri.

Advertisement

“Kita harap budaya ini dapat diperluaskan dan diperkasakan agar dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya dalam bulan Disember ini yang memerlukan ibu bapa melakukan persiapan untuk hadapi sesi persekolahan baru,”katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top