BM | EN | 中文

Pusat khidmat DUN Jementah anjur penerangan inisiatif e-tunai 

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 13 JAN: Pusat khidmat DUN Jementah akan menganjurkan taklimat penerangan inisiatif e-tunai rakyat secara bersiri bermula dari 17 hingga 21 Januari ini.

ADUN Jementah, Tan Chen Choon memberitahu, pihaknya akan mengadakan dua siri taklimat berhubung perkara itu.

“Siri pertama akan diadakan pada 17 dan 18 Januari ini di Nam Yuen Kopitiam, Jalan Dato’ Syed Abdul Kadir manakala siri kedua pada 19, 20 dan 21 Januari di Majlis Perbandaran Segamat (MPS).

Advertisement

“Masa program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Chen Choon yang juga merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri berkata, program tersebut mendapat kerjasama penuh pihak Touch ‘n Go.

Katanya, program itu bertujuan untuk memudahkan masyarakat di Segamat dalam memahami dan mendapatkan manfaat daripada inisiatif diumumkan Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2020.

Advertisement

“Pihak Touch ‘n Go juga akan membuka kaunter berkenaan produk TnG e-Wallet bagi membolehkan peniaga mendigitalkan transaksi perniagaan mereka yang secara tidak langsung memudahkan urusan jual beli secara tanpa tunai.

“Sehubungan itu, saya mengajak orang ramai untuk hadir ke siri program berkenaan bagi mendapatkan pencerahan tentang inisiatif tersebut dan memanfaatkannya bagi memahami sistem tanpa tunai,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top