BM | EN | 中文

Pusat khidmat ahli parlimen Pulai bantu ibu tunggal dapatkan rumah PPR

Pusat-khidmat-ahli-parlimen-Pulai-bantu-ibu-tunggal-dapatkan-rumah-PPR.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OKT: Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai (PKRPP) berjaya membantu seorang ibu tunggal Hadijah Dalin, 63, bagi mendapatkan rumah kediaman yang sempurna untuknya.

PKRPP bersama dengan NGO Persatuan Kebajikan Infaq Johor telah membantu Hadijah dengan mendapatkan kediaman tingkat bawah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perling Johor Bahru.

Hadijah, ibu kepada dua orang anak itu sebelum ini hanya menetap di pondok usang di penempatan setinggan di Kampung Tuah Jaya di sini selama lebih 29 tahun.

Advertisement

Mohamad Nizam memaklumkan, pihaknya telah membayarkan wang pendahuluan sebanyak RM1,500 sebagai deposit untuk Hadijah serta anaknya menduduki rumah tersebut.

Kata Mohamad Nizam sumbangan tersebut disediakan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan NGO dengan bertujuan membantu serta meringankan bebanan yang dipikul Hadijah.

“Kita sudah memaklumkan kepada YB (Salahuddin Ayub) berkenaan hal ini dan beliau bersedia membantu. Hasilnya apa yang kita dapat sekarang ini adalah kelapangan terhadap makcik Hadijah dengan bantuan YB.

Advertisement

“Selain itu pihak kami juga berhubungan dengan pihak SUK Perumahan negeri Johor yang turut menghantar wakil bagi menguruskan usaha bagi mendapatkan rumah kepada makcik Hadijah ini.

“Pihak kami bersama-sama Ngo Persatuan Kebajikan Infaq Johor telah mengenal pasti mak cik Hadijah serta menemui beliau. Beliau turut mengalami maslaah kabur penglihatan dan akan menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah untuk membuang selaput mata.

“Alhamdulillah, pihak kami berbesar hati dengan kerjasama pelbagai pihak yaitu, SUK Perumahan, Ngo, orang ramai dan keluarga mak cik Hadijah sendiri,” ujarnya.

Advertisement

Terdahulu dalam majlis ringkas, PKRPP menyampaikan sumbangan tersebut.

Hadir sama wakil SUK Perumahan yang merupakan Penolong Setiausaha Pejabat SUK, Zulkifli Mohamad serta wakil dari NGO Persatuan Kebajikan Infaq Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top