BM | EN | 中文

PUSAT KHIDMAT ADUN SENGGARANG JUAL PRODUK ORANG ISTIMEWA

Khairuddin-1-e1571561663370.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 20 OKT : Pejabat Pusat Khidmat Adun Senggarang kini turut berfungsi menjadi pusat jualan hasil kraftangan para pelatih Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) Dun Senggarang.

Menurut Pengerusi PKPDK, Noraini Aman, usaha berkenaan bertujuan untuk membantu menambahkan ekonomi kepada pertubuhan berkenaan.

“Kami berharap agar masyarakat umum dapat mengenali usaha pelatih-pelatih istimewa kami yang ada di pusat PKPDK.

Advertisement

“Selain itu, usaha ini adalah salah satu cara meningkatkan keyakinan bahawa mereka (para pelatih) mampu berjaya serta menghasilkan benda-benda yang unik.

“Dengan usaha ini, ia akan memberikan semangat baharu kepada mereka dan pada masa ini banyak permintaan dari masyarakat setempat serta kita akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan tersebut,” katanya.

Justeru itu, beliau berterima kasih kepada Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim yang bersetuju memberi sokongan untuk menjayakan usaha berkenaan.

Advertisement

Sementara itu, Khairuddin berpendapat para pelatih di pusat PKPDK perlu diberi dorongan kerana mereka sebenarnya berbakat dan hasil kreatif mereka sepatutnya perlu diketengahkan.

“Kita mahu mereka turut berdaya saing dalam menghasilkan produk dan kami bersedia menjadi jambatan untuk mereka dapat menyesuaikan diri mereka.

“Kita seharusnya membantu golongan ini untuk terus maju dan usaha itu akan disambut baik oleh pihak kami dari masa ke semasa,” katanya yang memberitahu program ini turut mendapat kerjasama daripada Kelab Lion Batu Pahat.

Advertisement

Dalam pada itu, Pengerusi Urusetia Perkhidmatan Kelab Lion Batu Pahat, Richard Chan berkata, beliau akan terus menyokong untuk mencari sebarang bantuan bagi menjayakan program yang dibuat oleh Pusat Khidmat Adun Senggarang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top