BM | EN | 中文

Pusat Kaunseling Selangor bantu individu berdepan tekanan ketika PKPB

Pusat-Kunseling-Selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 27 OKT: Individu berdepan tekanan hidup mahupun masalah kesihatan mental boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma menerusi portal Pusat Kaunseling Selangor.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata orang ramai boleh memilih perkhidmatan kaunseling secara bertemu ataupun panggilan telefon.

“Masalah kesihatan mental ini dipercayai meningkat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula Mac lalu, jadi tidak dinafikan mungkin ketika PKP Bersyarat juga perkara sama akan berlaku.

Advertisement

“Oleh itu saya nasihatkan supaya anda manfaatkan kemudahan yang Pusat Kaunseling Selangor sediakan.

“Pada masa sama masyarakat sekeliling tidak boleh memberikan sebarang tanggapan negatif sekiranya ada individu berdekatan mereka mendapatkan khidmat kaunseling,” katanya, lapor Selangorkini.

Beliau berkata demikian menerusi rancangan bual bicara bertajuk ‘Covid-19 mencanak, stres meningkat apa mesti kita buat?’ menerusi Facebook, pada Sabtu lalu.

Advertisement

Pada 10 Oktober, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata isu kesihatan mental antara fokus umum Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat, terutama ketika berdepan pandemik Covid-19.

Malah, katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM1 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 bagi menangani isu itu melalui kelas interaktif.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top