BM | EN | 中文

Pusat jagaan belum daftar bawah Akta 506 digesa daftar segera – Rina Harun

rina-harun-.jpg

Gambar Ehsan FB Rina Harun

Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun menggesa semua pusat jagaan yang masih belum berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) untuk berbuat demikian segera.

Beliau berkata ini penting bagi membolehkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau kualiti perkhidmatan, kebajikan, aspek keselamatan dan kesejahteraan penghuni pusat jagaan terjamin.

Di samping itu, pusat jagaan yang berdaftar akan sentiasa menerima khidmat nasihat daripada JKM dan agensi teknikal, di samping dapat menikmati insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisement

Gesaan itu dibuat beliau ekoran pengesanan satu kiuster kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Keranji melibatkan penghuni dan kakitangan sebuah pusat penjagaan warga emas di Johor, semalam yang didapati belum berdaftar di bawah Akta 506 dan masih lagi di peringkat kelulusan agensi teknikal.

Bagaimanapun susulan situasi di pusat jagaan berkenaan, Rina berkata pihaknya melalui JKM akan terus memantau bagi memastikan kebajikan dan kepentingan penghuni warga emas di pusat jagaan terbabit tidak terabai.

Beliau turut menyeru dan menasihatkan semua pusat jagaan mematuhi Garis Panduan Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit COVID-19 Di Pusat Jagaan Berdaftar (Berkediaman Dan Harian) dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Advertisement

“Pusat-pusat jagaan diarahkan mematuhi dan mempertingkat prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara untuk memastikan tiada lagi kiuster baharu melibatkan pusat jagaan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkenaan proses pendaftaran pusat jagaan, boleh dimajukan atau hadir di mana-mana pejabat JKM daerah berhampiran, atau menghubungi Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top