BM | EN | 中文

Pusat internet komuniti di Muar turut bantu usahawan kecil perluas pasaran

Pusat-Internet-Komuniti-SKMM-MCMC.jpg
Advertisement

CYBERJAYA, 26 SEPT: Pusat Internet Komuniti (PIK) berperanan membantu usahawan kecil terutamanya di luar bandar menambah pendapatan dan memperluaskan pasaran produk.

Melalui PIK, usahawan boleh memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui latihan dan kursus yang disediakan, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Antaranya usahawan di PIK Teluk Rimba, Muar, Johor yang bermula secara kecil-kecilan di sana kini berjaya memasarkan produk mereka hingga ke luar negara menerusi media sosial, antaranya karipap mini dan otak-otak.

Advertisement

Di PIK Taman Desa Permai di Marang, Terengganu pula, latihan yang disediakan kepada penyedia perkhidmatan ejen pelancongan serta peniaga pisang goreng, cendol dan kek turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala di Yan, Kedah, usahawan kecil yang mengeluarkan produk rempah, pes, tudung dan pekasam serta pengusaha inap desa dan pelancongan sukan luncur udara telah memanfaatkan latihan yang dijalankan di PIK Kampung Titi Teras untuk mempromosikan produk mereka, katanya.

MCMC berkata PIK Kiulu, Sabah pula telah membantu usahawan-usahawan kecil yang mengusahakan tanaman akuaponik dan produk pelancongan antaranya inap desa dan rekreasi seperti berakit.

Advertisement

Terdahulu, Bernama melaporkan suruhanjaya tersebut sebelum ini mengumumkan pihaknya sedang menjalankan proses transformasi ke atas 1,064 PIK di seluruh negara.

Fokus diberikan kepada tindakan PIK sebagai pusat yang bukan sahaja mampu menjana pekerjaan baharu dan memacu pertumbuhan aktiviti e-dagang, malah menyediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian untuk kemudahan rakyat, katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top