BM | EN | 中文

Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail akan dibina di Muar

Pusat-Belia-Tunku-Mahkota-Ismail-akan-dibina-di-Muar.jpg

Gambar Ehsan FB HRH Crown Prince of Johor

JOHOR BAHRU, 26 OGOS: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan membina satu lagi pusat belia di Muar, yang bakal dinamakan sebagai Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, Tunku Ismail bertitah pembinaan pusat itu sejajar dengan inisiatif dan visi baginda yang telah diumumkan dua tahun lepas, iaitu membina pusat belia di setiap daerah negeri Johor.

“Yang pertama (pusat belia) kini sedang dalam proses pembinaan di Hutan Bandar, Johor Bahru dan akan dinamakan Pusat Belia Raja Zarith Sofiah.

“Saya telah mendapatkan perkenan daripada Tuanku Sultan (Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) untuk meluluskan penggunaan tanah bagi pusat belia yang kedua di Muar dan ia akan dinamakan sebagai Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail,” titah Tunku Ismail menerusi laman berkenaan.

Baginda bertitah tujuan pembinaan pusat belia itu adalah bagi menyediakan kemudahan untuk anak-anak muda menjalankan pelbagai aktiviti belia.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top