BM | EN | 中文

PUPUK AMALAN KITAR SEMULA DI KALANGAN PELAJAR

pupuk-semangat-kitar-semula.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT: Dalam usaha untuk memperluas jaringan inisiatif kitar semula, SWM Environment Sdn Bhd akan terus membekalkan sangkar kitar semula di setiap sekolah menurusi program sekolah KITAR3cycle.

Menurut pengurus wilayah Johornya, Mohd Zan Arris, setakat ini, pihaknya telah menyumbangkan sebanyak 150 unit sangkar kepada 150 buah sekolah di sini.

“Menerusi program ini, setiap sekolah juga akan memiliki akaun KITAR3cycle bagi tujuan pengumpulan dan penebusan mata ganjaran.

Advertisement

“Ia juga akan mendedahkan pengenalan 35 jenis barangan kitar semula berbanding hanya tiga jenis barangan lazim sebelum ini,” katanya ketika majlis pelancaran program tersebut baru-baru ini.

Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad itu turut menyaksikan penglibatan SK Gelang Patah sebagai sekolah rintis.

Mohd Zan berkata, program sedemikian merupakan mekanisme baru dalam modul pendidikan kesedaran kitar semula di kalangan masyarakat.

Advertisement

“Sekolah KITAR3cyle merupakan terjemahan komitmen SWM Environment dalam menjayakan pelan tindakan pendidikan kelestarian Johor yang dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), awal tahun ini.

“Justeru itu, pihak SWM Environment amat mengalu-alukan setiap sekolah di serata negeri Johor untuk turut melaksanakan program ini sebagai platform baru pembudayaan amalan kitar semula,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top