JOHOR BAHRU, 25 SEPT : Susulan fenomena langit merah pada jam 11 pagi di Jambi yang tular di media sosial, beberapa pakar dari Indonesia memberi maklumbalas.
Menurut Ketua Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Agus Wibow, fenomena ini berpunca dari jerebu.
“fenomena langit merah atau dikenali sebagai Hamburan Rayleigh berlaku akibat pergerakan jerebu daripada titik panas,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli astronomi Indonesia, Marufin Sudiboyo pula menjelaskan fenomena ini bukan disebabkab peningkatan suhu luar biasa yang didakwa kebanyakan netizen.
“Dalam kes di Jambi, kepadatan partikel mikro dan nano di udara cukup besar sehingga lebih padat berbanding kepadatan partikel ketika udara normal,” katanya lagi.
Terdahulu, fenomena ini pernah berlaku ketika letusan gunung berapi Krakatau pada 1983 dan Pinatubo pada 1991.
Johorkini