BM | EN | 中文

PULAU BUATAN ANCAM HIDUPAN LAUT, PUNCA REZEKI NELAYAN

boat-1.jpg
Advertisement

PONTIAN, 15 OKT: Projek pembinaan pulau buatan di perairan Tanjung Piai mengancam punca rezeki nelayan selain menjejaskan ekosistem hidupan laut di kawasan berkenaan.

Jasman Md Jusoh

Menurut seorang nelayan di kawasan Serkat, Jasman Md Jusoh, 45, akibat kerja tambakan laut di perairan tersebut, ia menyempitkan laluan bot dan mengakibatkan punca pendapatan mereka merosot.

Justeru, beliau berharap agar rundingan dilakukan pihak kerajaan dan pemaju bagi menyelesaikan masalah dan membela nasib nelayan sepertinya.

Advertisement

“Pendapatan kami merosot. Sebelum ini kami mampu mendapat hasil sebanyak RM40 sehari. Tapi hari ini kami hanya dapat sekitar RM15 hingga RM20 sehari.

“Pulau yang dibina ini mengganggu kegiatan penangkapan ikan. Apa yang kami perolehi selepas pembinaan pulau ini amat mendukacitakan.

“Bukan sahaja ikan, malah kerang-kerangan juga terjejas. Perlu ada rundingan antara kerajaan dengan pemaju yang membangunkan pulau tersebut,” keluhnya.

Advertisement

Md Hafidzuddin Mohd Salleh

Dalam perkembangan sama, Ketua Kampung Perpat Timbul, Md Hafidzuddin Mohd Salleh, 52, ketika ditemui berkata, belau menerima banyak aduan dari nelayan.

Ketika dihubungi Hafidzuddin berkata, projek tebus guna tanah bagi membentuk empat buah pulau buatan itu seolah-olah menabur pasir ke dalam periuk nasi nelayan di kawasan tersebut.

“Ia mengganggu ekosistem kehidupan laut dan membuatkan pendapatan nelayan merosot teruk.

Advertisement

“Seharusnya pemaju pulau dan pihak yang terbabit menanggung sebarang kerugian serta memberikan pampasan kepada nelayan.

“Bukan sahaja hasil tangkapan, malah jeti dan rumah sekitar rosak teruk akibat kenaikan air di kawasan pesisir pantai perlu juga diberikan perhatian untuk ditangani,” ujarnya ketika dihubungi.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top