BM | EN | 中文

Pulau Batu Puteh: Umno cuba alih tumpuan kelemahan pentadbiran

Serudin-Soud.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 15 OKT: Isu Pulau Batu Puteh yang baru-baru ini dimainkan oleh pemimpin Umno adalah cubaan untuk mengalihkan isu sebenar berkenaan kelemahan pentadbiran mereka.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud berkata kelemahan Umno menguruskan pentadbiran kerajaan negeri Melaka antara faktor parti itu menuding jari ke arah Pakatan Harapan (PH) dalam isu sebutan kes Pulau Batu Puteh.

Beliau turut menempelak mantan Menteri Besar (MB) Johor, Mohamed Khaled Nordin yang tidak rasional dengan menuduh pihak lain.

Advertisement

“Ia hanya untuk mengalih isu sahaja. Bukan bersungguh pun pihak Umno untuk mendapatkan pulau tersebut.

“Sepatutnya kerangka baharu untuk berbincang dengan pelbagai pihak seperti persatuan sejarah di Johor untuk mendapatkan maklumat baharu telah lama dilakukan mereka.

“Ternyata ini hanyalah untuk mengalihkan isu kelemahan pentadbiran Umno di negara ini seperti apa yang berlaku di Melaka dan Johor sendiri,” katanya.

Advertisement

Beliau turut menyokong kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad bahawa kelemahan kerajaan pada 2008 yang perlu dibentangkan untuk diperbaiki.

Serudin walaubagaimanapun menganggap kelemahan dalam sebutan kes pada tahun 2008 itu perlu disemak semula dan diperbaiki sekiranya Umno benar-benar mahu mendapatkan semula pulau berkenaan.

“Memang kena bentangkan sebab kita mahu tahu apakah kelemahan yang berlaku sehingga membuatkan kita gagal mendapatkan hak milik pulau itu.

Advertisement

“Rujukan yang lebih lagi perlu dibuat dengan pembabitan ramai tokoh cendekiawan sejarah mampu memperbaiki kelemahan yang berlaku,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top