BM | EN | 中文

Public Investment Bank Bhd optimis dengan prospek jangka panjang Johore Tin Bhd

Johore-Tin-Bhd-JTB.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 APR: Public Investment Bank Bhd optimis dengan prospek jangka panjang Johore Tin Bhd (JTB) dipacu terutama oleh sumbangan akan datang daripada operasi di Mexico yang membolehkannya memanfaatkan pasaran Amerika Utara

Bank pelaburan menjelaskan semasa taklimat pelabur secara maya oleh JTB pada Isnin pengurusan syarikat memaklumkan bahawa permintaan untuk produk tenusu kekal kukuh, dengan pesanan bernilai kira-kira tiga bulan telah diperoleh.

JTB merupakan syarikat pegangan pelaburan. Ia menerusi anak syarikatnya, menumpukan pengeluaran tin timah dan berkembang ke dalam industri makanan dan minuman melalui pengeluaran susu pekat, susu sejat dan produk tenusu lain.

Advertisement

Walaupun berlaku kelewatan pengoperasian barisan produk tenusu dalam syarikat usaha sama Mexico disebabkan sekatan perjalanan yang berkaitan dengan pandemik COVID-19, kami masih positif terhadap prospek jangka panjang JTB, menurut Public Investment dalam nota penyelidikan pada Selasa.

la menambah kilang Mexico pada awalnya dijadualkan siap pada separuh pertama 2021 dan sedikit kelewatan bagi pengoperasiannya menjejaskan ujian formulasi.

“Kami sedia maklum bahawa pengurusan menyasar untuk memulakan pengeluaran dalam tiga hingga enam bulan akan datang.

Advertisement

“Kami memahami syarikat itu telah menyelesaikan pemasangan barisan pengeluaran susu pekat dan kini sedang melakukan percubaan, selain melakukan ujian produk untuk memuktamadkan formulasi produk,” jelasnya.

Bank pelaburan itu menjelaskan memandangkan terdapat pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) di antara Mexico dengan negara-negara asing lain, ia percaya prospek pertumbuhan tetap menarik kerana FTA akan membolehkan UTB menembusi negara-negara tersebut untuk memperoleh pesanan baharu, yang dijangka meningkatkan kadar penggunaan kilang secara berperingkat

“JHB juga terus menumpukan kecekapan operasi untuk meningkatkan margin, jelasnya.

Advertisement

“Kami memahami syarikat itu akan terus memperkemas proses pembuatan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi.

*Di samping itu, ia juga terlibat secara aktif dalam analisis pemerolehan dalaman dan merancang untuk mendapatkan sumber daripada beberapa pembekal bagi kualiti dan kos lebih baik,” menurutnya.

Sementara itu kenaikan harga keluli baru-baru ini akan mempengaruhi margin segmen pembuatan timah, justeru, Public Investment berpendapat kenaikan kos bahan mentah tidak akan memberi kesan ketara kepada JTB.

Advertisement

Oleh itu, Public Investment mengekalkan saranan outperform dan harga sasaran JTB pada RM2.08.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top