BM | EN | 中文

Puad Zarkashi tegur MP Bersatu dan PAS, jangan hanya berani ketika jadi pembangkang

puad-zarkashi-umno-batu-pahat.png
Advertisement

BATU PAHAT, 19 JUL: Ketua Bahagian Umno Batu Pahat, Puad Zarkashi berkata, ahli parlimen dari PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu bersuara lantang menuntut sidang khas parlimen mulai 26 Julai bukan sekadar sesi taklimat.

Katanya, sebagai kerajaan ahli-ahli parlimen itu jangan menbuat penafian dan tidak mahu mendengar pandangan lain.

“Sudah lama kamu bercuti. Betulkan integriti sebagai “the law maker” dan pembawa suara rakyat.

Advertisement

“Mungkin parti kamu tidak boleh bersuara. Tapi apa salahnya kamu jadi pemberani sebagai YB yang dipilih oleh rakyat.

“Jangan berani ketika jadi pembangkang. Tapi bisu dan pekak ketika jadi penguasa. Berbeza pendapatlah sikit dengan ketua dan parti kamu,” kata Puad dalam hantaran di laman Facebook beliau.

Ahli majlid tertinggi Umno itu menambah, tuntutan agar sidang khas itu tidak menjadi sekadar taklimat, tidak bermakna menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Advertisement

“Pendirian UMNO cukup jejas. UMNO mahu Parlimen bersidang seperti yang dibawa oleh Presiden UMNO ketika mengadap YDP Agong.

“Itu juga pendirian MKT UMNO.

“Jangan takut dipecat. Bersuaralah untuk sidang Parlimen yang telus. Ia selari dengan Titah YDP Agong dan raja-raja Melayu,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top