BM | EN | 中文

Puad Zarkashi sokong keputusan Umno cabar Muhyiddin dan Bersatu di Pagoh

puad-zarkashi-umno-batu-pahat.png
Advertisement

BATU PAHAT, 3 JAN: Hasrat Umno Pagoh meletakkan calon di kawasan itu, sekali gus enggan memberikan laluan kepada penyandang kerusi berkenaan iaitu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin disambut baik Dr Puad Zarkashi.

Ketua Umno Batu Pahat itu berkata, dia turut menyokong keputusan Umno Pagoh meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di parlimen Pagoh pada pilihan raya umum akan datang.

“Ketetapan itu dibuat dalam persidangan perwakilan Umno bahagian Pagoh semalam.

Advertisement

“Umno Pagoh akan mengemukakan usul itu kepada Majlis Perwakilan Tertinggi (MKT). Tahniah Umno Pagoh,” kata Puad yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam satu kenyataan dalam akaun Facebook hari ini.

Bukit Kepong dan Bukit Pasir merupakan dua kerusi Dun di bawah Parlimen Pagoh yang kini disandang oleh Bersatu dan PAS.

Pada pilihan raya umum (PRU14) lalu, Muhyiddin memenangi kerusi Pagoh dengan 23,558 undi menentang Umno (16,631) dan PAS (2,483) undi.

Advertisement

Ketiga-tiga parti itu kini mentadbir kerajaan persekutuan.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Umno menurut rekod berharap untuk mengalahkan Bersatu dengan bantuan PAS pada PRU15 namun kini melihat partinya itu seakan-akan terpinggir.

Hal ini selepas, PAS dilihat memihak kepada Bersatu yang mendorong Umno menjadi lebih agresif terhadap Bersatu walaupun menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Advertisement

Semalam, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Bersatu galak ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli Umno.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top