BM | EN | 中文

Puad Zarkashi, Nur Jazlan antara dilantik Penyelaras Khas DUN Johor

Penyelaras-Khas-DUN-Johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 10 OGOS: Kerajaan Johor melantik 25 pengerusi jawatankuasa penyelaras khas Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, menurut kiriman di laman Facebook Umno Johor.

Antara yang tersenarai termasuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dalam catatan kiriman itu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) di Kota Iskandar itu semalam.

Advertisement

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk A. Rahim Nin.

“Seramai 27 orang yang dilantik perlulah memberi fokus terhadap tugas untuk membantu dan memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

“Melalui pelantikan ini juga, pemahaman masyarakat terhadap dasar dan perancangan kerajaan negeri akan dapat diperkukuhkan,” tersebut kenyataan dipetik.

Advertisement

Sementara itu Bernama melaporkan, lantikan itu melibatkan 27 kawasan DUN, namun hanya 25 lantikan dibuat terlebih dahulu sementara baki dua lagi akan dibuat selepas calon yang sesuai dikenal pasti.

“Pelantikan penyelaras bagi kawasan DUN akan dapat membantu kerajaan memberikan segala penjelasan kepada masyarakat. Selain daripada tugas menyampaikan maklumat, mereka juga diberi peruntukan untuk menjayakan program lazim di peringkat masyarakat.

“Contohnya, jika berlaku banjir, kebakaran atau sebarang bentuk musibah, maka dengan adanya penyelaras ini bantuan dapat sampai dengan cepat dan tidak ada masyarakat terpinggir dan rasa dinafikan untuk terima bantuan,” katanya.

Advertisement

Beliau juga berkata pengerusi jawatankuasa berkenaan juga akan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan negeri bagi mendengar keluhan rakyat.

Menurutnya lantikan dibuat berdasarkan pengalaman dan keupayaan mereka untuk memikul tanggungjawab yang diberikan memandangkan pada ketika ini negara berdepan ancaman COVID-19 dan ramai yang terjejas dari segi ekonomi dan pendapatan.

Berikut adalah nama penyelaras dan kawasan DUN seperti yang disiarkan di laman Facebook Umno Johor:

Advertisement

1. Encik Norsamsu bin Mohd Yusof (DUN Jementah)
2. YBhg. Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed (DUN Kemelah)
3. Encik Mohd Azahar bin Ibrahim (DUN Bekok)
4. Encik Rajasekaran R.Thiyagarajan (DUN Tangkak)
5. YBhg. Datuk Hj Abdul Rahim bin Talib (DUN Serom)
6. YBhg. Datuk Ariss bin Samsudin (DUN Bentayan)
7. YBhg. Datuk Hj Lokman bin Md Don (DUN Simpang Jeram)
8. Tuan Hj Fuad bin Tukirin (DUN Bukit Naning)
9. YBhg. Datuk Seri Razali bin Hj Ibrahim (DUN Maharani)
10. Tuan Hj Ismail bin Roslan (DUN Semerah)
11. Encik Zaini bin Kosnin (DUN Yong Peng)
12. YBhg. Datuk Hj Ali bin Sheikh Ahmad (DUN Parit Yaani)
13. Encik Zaidi bin Japar (DUN Penggaram)
14. YBhg Datuk Mohd Puad bin Zarkashi (DUN Senggarang)
15. Encik Raman A/L M.Govindan Nair (DUN Mengkibol)
16. Encik Mohamad Nor bin Lingan (DUN Mahkota)
17. Encik Teoh Yap Kun (DUN Paloh)
18. Tuan Hj. Sabaruddin bin Hj. Burahan (DUN Tiram)
19. Ir. Mohd. Khairulfadhlan bin Mohd Dzurri (DUN Johor Jaya)
20. Encik Ang Boon Heng (DUN Stulang)
21. YBhg. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Hj. Mohamed (DUN Perling)
22. YB Senator Ir Nasir bin Md Hashim (DUN Skudai)
23. Tuan Hj Pandak bin Hj Ahmad (DUN Kota Iskandar)
24. YBhg Datuk Hj Mohd Jafni bin Md Shukor (DUN Bukit Batu)
25. Encik Abdul Rahman bin Abdullah (DUN Senai)
26. Belum ada lantikan (DUN Pulai Sebatang)
27. Belum ada lantikan (DUN Pekan Nenas)

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top