BM | EN | 中文

Puad ‘yakin’ beberapa Adun Bersatu Johor akan sertai Umno

puad-zarkashi-umno.png
Advertisement

BATU PAHAT, 13 JUL: Ahli majlis tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau ‘yakin’ beberapa Adun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor bersedia meninggalkan parti mereka untuk menyertai Umno.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada cabaran empat Adun Bersatu Johor untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri Johor.

“Ia bukan lagi rahsia, mereka tunggu masa yang sesuai saja,” katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Advertisement

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan empat Adun Bersatu yang menyatakan kesediaan mereka menarik sokongan terhadap kerajaan Johor jika Umno terus mendesak presiden mereka, Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Kerajaan PN Johor kini diketuai oleh Umno namun parti itu bergantung kepada sokongan Bersatu untuk kekal menguasai DUN.

Kegagalan mendapat sokongan akan menyebabkan kerajaan boleh bertukar sekali lagi.

Advertisement

Pada 7 Julai lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan MT parti itu bersetuju untuk menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin, dan menggesa kerajaan sementara dibentuk untuk mengambil alih.

Kata Puad, ketika ini Muhyiddin bukan saja gagal sebagai perdana menteri malah juga sebagai presiden partinya.

“Muhyiddin gagal menambah ahli, gagal menambah cawangan dan gagal menambah bahagian Bersatu di seluruh negara.

Advertisement

“Bersatu menjadi parti yang tidak dinamik,” katanya.

Tambah Mohd Puad, Umno pula sebaliknya mempunyai tujuh sebab kukuh untuk membatalkan sokongan mereka terhadap Muhyiddin yang juga bekas menteri besar Johor itu.

“Maka apa alasan kukuh empat Adun Bersatu itu mahu menarik sokongan kepada menteri besar Johor?” soalnya.

Advertisement

“Sudah tentu ia dibuat atas dasar balas dendam. Tindakan mereka itu nanti pasti jadi seperti senjata makan tuan kepada Muhyiddin,” katanya.

Kata Puad, umum juga mengetahui bahawa Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad, adalah menteri besar yang berjaya.

“Sewaktu Covid-19, dia fokus membantu rakyat yang terkesan, bahkan dia paling cepat mengumumkan sidang DUN Johor akan dibuat pada 12 Ogos setelah Yang di-Pertuan Agong bertitah mengenainya.

Advertisement

“Sedangkan Muhyiddin pula masih mencari alasan untuk memberi tarikh sidang parlimen,” katanya

Kerajaan Johor pimpinan Hasni ketika ini mempunyai 29 kerusi manakala Pakatan Harapan 27 kerusi.

Jika seorang Adun menarik sokongan daripada PN akan menjadikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PN dan PH masing-masing 28 kerusi sekali gus DUN Johor akan tergantung atau boleh dibubarkan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top