BM | EN | 中文

PRU Singapura tidak jejas keputusan pembukaan sempadan Malaysia – Singapura

IMG-20200627-WA0005.jpg

KLUANG, 27 JUN: Keputusan pembukaan semula sempadan Malaysia dan Singapura tidak akan ditunda walaupun republik itu bakal mengadakan pilihan raya umum pada 10 Julai ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan itu sebaliknya bergantung kepada tahap keselamatan, kesihatan dan kesediaan kedua-dua negara.

Menurut beliau, pihaknya telah mengenalpasti empat kategori berhubung pembukaan semula sempadan berkenaan.

“Keutamaan pembukaan sempadan ini akan membabitkan dua kategori iaitu kategori pertama, urusan profesional, perniagaan dan personal manakala kategori kedua melibatkan kira-kira 25,000 rakyat Malaysia yang berada di negara itu sejak beberapa bulan lalu atas urusan kerja.

“Kategori ketiga dan keempat lebih kompleks dimana ia melibatkan kira-kira 250,000 rakyat Malaysia yang berulang alik secara harian atas urusan kerja dan terakhir pembukaan sepenuhnya sempadan kepada orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Felda dan Penyerahan Kit Covid-19 Kepada Sekolah Parlimen Sembrong di Dewan Semarak Felda Kahang Timur, di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong turut memberitahu, perbincangan berhubung perkara itu telah berlangsung dan keputusannya bakal diperoleh dalam waktu terdekat.

“Pilihan raya Singapura tidak akan beri kesan kepada perbincangan melibatkan perkara ini, ia tidak akan mengakibatkan berlakunya penangguhan.

“Pembukaan sempadan ini bagaimanapun perlu dipastikan ia tidak akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan kedua-dua negara,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top