BM | EN | 中文

PRU-15: Pertahan Pagoh, tak beri laluan mudah kepada PKR – Ahli j’kuasa PN Johor

solihan-badri-tenang.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 12 JUL: Kerusi Parlimen Pagoh yang kini disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan terus dipertahankan, kata ahli jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) Johor, Solihan Badri.

Solihan berkata, pihaknya tidak akan memberikan laluan mudah sekiranya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat bertanding di kerusi itu pada PRU15.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor berkata, kerusi tersebut merupakan antara kawasan utama parti itu di negeri ini apatah lagi dimiliki Perdana Menteri.

Advertisement

“Kita akan pertahankan kerusi Parlimen Pagoh dan kita akan all out (untuk mempertahankannya). Ini biasa (Anwar menyebut untuk bertanding di Parlimen Pagoh) orang politik kena ada cita-cita dan kena ada strategi.

“Kita pun ada strategi juga,” katanya, lapor Sinar Harian.

Perikatan Nasional (PN) di Johor terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Islam Se-Malaysia (Pas).

Advertisement

Turut sama dalam gabungan PN di Johor adalah parti-parti Barisan Nasional (BN) iaitu Umno, MIC dan MCA.

Beliau mengulas kenyataan ahli parlimen Port Dickson itu yang memberitahu terlalu awal untuk memutuskan Parlimen mana akan ditandinginya pada PRU15 namun sedang melihat satu daripada 15 kerusi Parlimen untuk ditandingi termasuk di Pagoh.

Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Tapak Projek Pembinaan Directional Ramp Persimpangan Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) di Plaza Tol Bandar Penawar, di sini hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Mohd Solihan berkata, Bersatu Johor bukan setakat mahu mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh tetapi juga bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Katanya, Bersatu Johor bukan sahaja mempertahankan kerusi DUN dimenangi mereka sebelum ini tetapi akan turut meletakkan calon di kerusi milik Pakatan Harapan (PH) di Johor.

“Bukan sahaja PKR tetapi kita akan turut bertanding di kawasan DAP dan kerusi-kerusi milik PH yang lain pada PRU15,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top