BM | EN | 中文

Proses vaksinasi tenaga pengajar perlu disegerakan – AWAN Johor

Norhayati-Bidin-AWAN-Johor-Wanita-Amanah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 APR: Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Norhayati Bidin mahu kerajaan menyegerakan proses vaksinasi kepada pengajar

Norhayati berkata terdapat rmasalah dalam sistem pendidikan apabila terdapat golongan pengajar dijangkiti Covid-19 di beberapa sekolah, termasuk di Johor.

Katanya kerajaan perlu membincangkan sama ada untuk menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka apabila tenaga pengajar dikatakan menjadi penyebar Covid 19 di sekolah-sekolah yang terbabit.

Advertisement

“Kena segerakan sebab mereka adalah golongan yang berhadapan dengan masyarakat.

“Ini perlu kerana bukan sahaja orang dewasa, tenaga pengajar ini juga berhadapan dengan kanak-kanak iaitu murid-murid mereka. Keadaan ini membimbangkan dan sekiranya tidak diselesaikan lebih awal, dikhuatiri memberi kesan, antaranya kepada murid di sekolah.

“Keselamatan guru-guru dan tenaga pengajar yang lain juga penting. Mereka boleh dikatakan golongan barisan hadapan selain agensi atau jabatan yang diiktiraf lain,” tegasnya.

Advertisement

Beliau turut mendesak kerajaan memberikan respon segera dan memberikan vaksin kepada tenaga pengajar.

Tambahnya, keadaan yang berlaku hari ini tidak sistematik kerana mengundang pelbagai risiko selain keresahan berlaku di kalangan orang ramai.

“Saya pun masih tertanya-tanya mengapa sekolah dibuka awal sebelum vaksin ini diberikan kepada guru-guru dan tenaga pengajar yang lain.

Advertisement

“Sepatutnya berikan dulu vaksin kepada guru dan pengajar, barulah buka semula sekolah.

“Saya mendesak agar kerajaan memberikan maklumat berkenaan tarikh permulaan suntikan vaksin dimulakan kepada tenaga pengajar,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top