BM | EN | 中文

Proses penswastaan Kelab Liga-M melebihi 90 peratus

Liga-Bolasepak-Malaysia-MFL.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Lebih 90 peratus pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sudah melengkapkan proses penswastaan kelab termasuk proses pemisahan status daripada persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC) menjelang tempoh berakhir malam tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata hanya beberapa pasukan sedang berusaha melengkapkan beberapa dokumentasi sebelum diserahkan kepada badan induk berkenaan bagi memperoleh lesen kebangsaan untuk beraksi dalam saingan Liga-M musim hadapan.

“Kita yakin pasukan-pasukan berkenaan dapat menyelesaikan proses penyerahan dokumentasi yang diperlukan FAM sebelum tempoh akhir pada tengah malam ini dan FAM sentiasa berhubung dengan kesemua pasukan,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Stuart dalam kenyataan semalam menegaskan, FAM tidak akan memanjangkan tempoh proses berkenaan memandangkan kelab dan pasukan Liga-M sudah dimaklumkan lebih awal mengenainya.

Menurut beliau, pasukan yang gagal melengkapkan proses penswastaan kelab tidak akan dibenarkan beraksi dalam pertandingan kelab anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sekiranya layak, selain diturunkan ke saingan Liga M3 2021.

“Sekiranya mereka berhasrat untuk beraksi semula dalam saingan Liga Premier sebagai contoh, mereka diwajibkan berada pada dua kelompok teratas Liga M3 pada 2021 dan membuat semula permohonan kepada kita (FAM),” jelas Stuart.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM Mohd Firdaus Mohamed sebelum ini memaklumkan hanya 12 pasukan sudah melengkapkan proses penswastaan kelab.

Enam pasukan Liga Super yang telah melengkapkan proses penswastaan kelab adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Petaling Jaya City FC, Melaka, Terengganu FC, Sabah dan Perak, manakala pasukan Liga Premier terdiri daripada Sarawak United FC, Negeri Sembilan, Kelantan United FC, Kuching FA dan Kuala Lumpur.

Armed Forces FC adalah pasukan tunggal Liga M3 yang sudah melengkapkan proses penswastaan kelab.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top