BM | EN | 中文

Proses nyahcemar, sterilisasi di kawasan jangkitan – Exco Johor

Vidyananthan-Ramanadhan-1.jpg

R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 MAC: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor dan pelbagai agensi Persekutuan dan negeri akan bekerjasama melakukan proses nyahcemar dan sterilisasi di sekitar kawasan tumpuan umum terutama di kawasan jangkitan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Vidyananthan Ramanadhan, dalam satu kenyataan berhubung situasi semasa kes Covid-19 di negeri ini.

Dalam masa yang sama katanya, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Johor kini sedang giat menjalankan saringan kepada penduduk Parit Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baru Datuk Ibrahim Majid.

Advertisement

“Ini adalah untuk memastikan supaya status kesihatan setiap daripada saudara saudari dapat dikenal pasti lantas dapat memutuskan rantaian jangkitan tersebut.

“Justeru, saya berharap kepada semua penduduk di kawasan terbabit supaya memberikan kerjasama kepada petugas kesihatan yang menjalankan tugas demi untuk kebaikan bersama,” katanya.

Dalam pada itu katanya kerajaan akan mengantar bantuan berupa makanan ke dua kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam.

Advertisement

“Untuk makluman pihak mereka yang terjejas, bantuan makanan kering seperti beras, biskut, sardin dan susu telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kluang.

“Bekalan makanan lain akan turut diedarkan secara berperingkat,” katanya.

Pada 26 Mac, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top