BM | EN | 中文

PROSES AWAL WUJUDKAN MUZIUM BATU PAHAT TELAH DIMULAKAN – EXCO WARISAN JOHOR

mohd-khuzzan-abu-bakar-2.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 13 SEPT: Proses awal bagi mewujudkan Muzium Batu Pahat telah pun dimulakan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Katanya, satu pelan perancangan akan diwujudkan bersama dengan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerajaan yang berkaitan serta NGO bagi mendapatkan maklumat dan sumber rujukan berkenaan daerah Batu Pahat.

“Bagi mencapai matlamat pengwujudan Muzium Batu Pahat, proses awalan telah pun digerakkan bagi perolehan sumber dan bahan rujukan melalui kerjasama diantara Arkib Negara Malaysia, RTM, FINAS, NSTP, Bernama, Jabatan Penerangan serta IPTA seperti UTM, UKM dan UTHM.

Advertisement

“Bahan-bahan perolehan yang dikenalpasti buat masa ini sebagai pengisian Muzium Batu Pahat antaranya adalah berupa gambar, audiovisual, pelan, artikel, buku terbitan dan juga siri wawancara,” kata Khuzzan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) tentang pewujudan Muzium Batu Pahat dan projek Bandar Warisan semasa mesyuarat kedua, persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di Kota Iskandar, di sini, semalam.

Khuzzan yang juga Adun Semerah memaklumkan, sumbangan bahan-bahan pengisian tersebut akan dimanfaatkan sebagai bahan pameran untuk tatapan umum setelah Muzium Batu Pahat dibuka nanti.

Advertisement

Dalam pada itu beliau berkata, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah melantik Pusat Kajian Alam Bina (KALAM) bagi membantu mengumpulkan data-data penting sebagai sokongan kepada fakta sahih tentang sejarah warisan Bandar Penggaram.

Katanya, output KALAM juga akan menyentuh fakta-fakta bangunan-bangunan lama yang masih wujud di Bandar Penggaram.

“Output kajian oleh KALAM ini akan dibukukan untuk menjadi ‘coffee table’ Bandar Penggaram.

Advertisement

“Output KALAM juga akan menyentuh fakta-fakta bangunan-bangunan lama yang masih wujud di Bandar Penggaram, memberi cadangan kepada usaha aspek urban design dan urban scape bagi memandu MPBP mengawal bangunan-bangunan lama di dalam zon warisan tersebut.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong apa jua usaha ke arah meningkatkan imej warisan negeri Johor termasuklah menyokong usaha MPBP dengan mengenengahkan peranan Jabatan Warisan untuk membantu kelancaran KALAM mendapatkan data-data sahih dalam konteks pengumpulan maklumat-maklumat lama,” tambah Khuzzan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top