BM | EN | 中文

Prosedur kemasukan ke hospital bagi pesakit positif Covid-19 di rumah perlu dijelaskan

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 27 APR: Ketua Pengarah Kesihatan perlu menjelaskan prosedur standard yang relevan untuk kemasukan ke hospital bagi pesakit yang positif Covid-19 di rumah.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, terdapat hospital gagal menjalankan tugasnya, dan justeru itu meminta Kementerian Kesihatan untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

Chong Sin berkata, terdapat kes di Selangor pada 23 dan 24 April apabila pesakit yang disahkan positif Covid-19 dan dikuarantin di rumah masih tidak dapat menerima rawatan di hospital dan meninggal dunia pada hari kelima dan ke sembilan.

Advertisement

Tambahnya lagi, dilaporkan panggilan kepada ambulans telah dibuat tetapi ditolak.

“Sangat mengejutkan. Ketua Pengarah Kesihatan perlu menjelaskan prosedur standard yang relevan untuk kemasukan ke hospital bagi pesakit yang positif Covid-19 dan kuarantin di rumah ketika keadaan mereka bertambah buruk.

“Saya ingin mengingatkan semua pesakit yang positif dan yang kuarantin di rumah bersama ahli keluarga mereka.

Advertisement

“Sekiranya anda berasa bahawa anda tidak dapat mengurus diri sendiri dan keadaan bertambah buruk, sila segera mengatur untuk menghantar pesakit ke hospital secara sendiri,” katanya lagi.

Ujar Chong Sin lagi, susulan kadar penularan wabak meningkat semula, pelajar, kakitangan tempat kerja yang terdapat kes positif untuk dinasihatkan ke jabatan pesakit luar di Hospital Besar kerajaan untuk membuat saringan sebaik sahaja mereka mengalami gejala.

“Sekiranya disahkan positif, informasi kes positif mesti dikendalikan dengan setelus mungkin, dan maklumkan kepada kontak rapat tahap kedua dan ketiga supaya menjalankan saringan ujian dan kuarantin kendiri dengan segera,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top