BM | EN | 中文

Prosedur bantuan khas pengurusan kematian COVID-19 NADMA merumitkan – Adun Jementah

Bantuan-khas-pengurusan-kematian-COVID-19-NADMA-Tan-Chen-Choon-Jementah-Segamat.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 23 MEI: Pengesahan kematian yang dikehendaki hospital dengan kehadiran waris menyukarkan pemohon bantuan khas pengurusan kematian COVID-19 NADMA.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, beliau menerima aduan dari waris simati kerana perlu hadir ke hospital sekali lagi bagi mendapatkan pengesahan tersebut.

Sedangkan katanya, sijil kematian si mati dari JPN telah jelas ternyata sebab kematian ialah akibat jangkitan virus Covid-19 atau kematian berkaitan Covid-19.

Advertisement

“Saya telah menerima aduan daripada penduduk Segamat berkenaan prosedur permohonan bantuan khas ini melalui panggilan telefon.

“Pengadu berkata si mati telah meninggal dunia akibat ‘Stage 5 Covid-19 Pneumonia’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang.

“Kini, pengadu terpaksa hadir ke Hospital Kluang bagi mendapatkan pengesahan seperti terpapar di borang permohonan bantuan khas ini.

Advertisement

“Prosedur ini telah memberi tekanan kepadanya kerana terpaksa memandu jauh dari Segamat ke Kluang terutamanya dalam situasi kes baharu Covid-19 yang semakin meningkat,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Tan, selain borang permohonan, pemohon, iaitu waris si mati juga perlu menghantar atau melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian, salinan kad pengenalan pemohon dan salinan Penyata Bank (masih aktif) pemohon.

Dalam pada itu, beliau mengalukan-alukan langkah NADMA menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia dengan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA kepada waris si mati akibat jangkitan virus Covid-19 atau kematian berkaitan Covid-19.

Advertisement

Namun, beliau berharap prosedur bantuan khas pengurusan kematian COVID-19 NADMA tidak merumitkan pemohon.

“Kerajaan menasihati orang ramai melakukan “lockdown” kendiri dan “Lockdown” keluarga untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
“Justeru, saya menyarankan kepada NADMA bagi mempermudahkan prosedur dan proses permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA melalui emel,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top