BM | EN | 中文

PROMOSI TMJ2020 DIPERHEBAT DALAM PLATFORM DIGITAL, KATA CAI TUNG

55E1A5F2-BD58-4B3C-94D1-38096153F03F.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 SEPT: Industri pelancongan negeri dilihat semakin berkembang pesat dengan sambutan menggalakkan dari masyarakat antarabangsa, sekaligus menunjukkan industri tersebut tidak lagi hanya bergantung dengan pasaran sedia ada.

Menurut Exco Pelancongan Johor Liow Cai Tung, perkara ini turut dibantu dengan kewujudan destinasi premium seperti Taman Tema Lego serta Desary Coast – destinasi perlancongan terbaharu yang dinanti-nantikan orang ramai.

“Dengan TMJ2020 semakin menghampiri kita, kerajaan negeri juga meningkatkan serta merancang lebih banyak acara,  program serta pakej bagi tahun depan,” kata Cai Tung.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Makan Malam Tourism Malaysia, disini, semalan.

Hadir sama; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Zulkifly Md Said, Pengarah Kanan Logistik dan Acara Tourism Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, Pengarah Jabatan Pelancongan, Seni dan Budaya Johor Magdalane Tuborg Melai serta Pengerusi R&F Malaysia, Richard Hu.

Advertisement

Cai Tung juga berkata kerajaan negeri kini sedang mempergiatkan usaha penambahan maklumat berkaitan TMJ2020 di laman Google serta media sosial yang lain.

“Kerajaan negeri beriltizam supaya mmaklumat yang mencukupi dapat kita sertakan supaya pelancong tidak lagi akan merasa kecewa apabila gagal mencari maklumat yang mereka kehendaki berkenaan Johor walaupun negeri ini bukan lagi destinasi asing dalam industri pelancongan.

Sementara itu, Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya berharap Rumah Opera Permaisuri Zarith Sofiah Opera House di R&F ini dapat menjadi destinasi ikonik setanding dengan opera lain di luar negara dan dapat dijadikan platform untuk artis seni dan budaya tempatan berkarya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top