BM | EN | 中文

Promosi TMJ 2020 diteruskan ke negara berpotensi lain

cai-tung-12.jpg

Cai Tung (depan, dua dari kiri) bersama ahli keluarga pada sambutan Tahun Baru Cina di kediamannya di Horizon Hills. Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama isteri dan anaknya

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 JAN: Kerajaan negeri dalam perancangan untuk meneruskan kempen dan promosi Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020 ke negara- negara berpotensi lain, kata Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung.

Menurut beliau, meskipun kehadiran pelancong dari China sedikit terjejas selain kebimbangan akibat beberapa kes jangkitan coronavirus di negara ini, namun kerajaan Johor akan terus menggiatkan kempen dan promosi TMJ 2020.

“Kita akan teruskan usaha promosi di negara-nega lain. Antara negara sasaran seperti Indonesia, Korea, Jepun dan Thailand.

Advertisement

“Kita harap dengan promosi ke negara-negara ini akan dapat menampung sedikit jumlah pelancong yang mungkin terjejas,” katanya kepada wartawan dalam sidang media selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina di kediamannya di Horizon Hills, hari ini.

Terbaru, kerajaan China mengeluarkan sekatan perjalanan ke atas penduduk Wuhan dan tujuh bandar raya lain daripada keluar dari negara itu.

Cai Tung yang juga ADUN Johor Jaya berkata, pihaknya mendapat kerjasama yang baik daripada pemain industri. pengendali lokasi pelancongan dan sektor perhotelan di Johor.

Advertisement

Antaranya melalui penyediaan termometer bagi mengukur suhu badan pelancong dan tetamu selain menempatkan alatan kebersihan diri (sanitizer) di hotel dan lokasi penginapan.

Dalam masa yang sama katanya, satu taklimat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor bersama pemain industri dan pengendali hotel di kawasan Iskandar Puteri akan turut diadakan.

“Dengan kerjasama bersama pemain industri, ia akan lebih berkesan. Sebab coronavirus ini tidak dapat dikesan dengan serta-merta. Untuk mengetahui seseorang dijangkiti itu, ia mengambil masa.

Advertisement

“Melalui taklimat, pihak hotel akan tahu bagaimana untuk mengendalikan sekiranya ada tetamu yang berdepan masalah seperti ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top