BM | EN | 中文

PROMOSI TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI SEBAGAI DESTINASI PILIHAN PELANCONG

IMG-20191111-WA0014.jpg
Advertisement

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 11 NOV : Taman Negara Tanjung Piai akan terus dipromosikan sebagai salah satu destinasi pilihan pelancong sempena Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, taman negara itu bukan sekadar sebuah produk pelancongan, namun ia merupakan khazanah alam yang patut dipelihara untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

“Sambutan yang hebat dari pelancong dalam dan luar negara telah membuktikan penghujung benua Asia ini mempunyai kekuatannya dalam menarik dan membantu ekonomi di sekitar Tanjung Piai, terutamanya yang melibatkan industri perhotelan, makanan dan banyak lagi.

“Malah saya yakin untuk Belanjawan 2020, kerajaan negeri akan terus memastikan pembangunan eko pelancongan serta infrastruktur tempat-tempat tarikan pelancong seperti Tanjung Piai terus diberi perhatian dan keutamaan,” katanya ketika berucap dalam program Mangrove Hero anjuran Tourism Johor di Taman Negara Tanjung Piai, di sini, hari ini.

Advertisement

Turut hadir, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Hanis Musalman Salehan dan Pengarah Tourism Johor, Zihan Ismail.

Dalam pada itu, Adun Johor Jaya itu memberitahu, melalui program Mangrove Hero diharap dapat meningkatkan kesedaran rakyat dan pemain industri pelancongan untuk menjaga khazanah alam ini.


“Program ini bertujuan memelihara pesisir pantai sebagai lindungan semula jadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan tanah.

Advertisement

“Ia berkonsep gotong-royong bagi tujuan pembersihan sampah di kawasan persisiran pantai daerah Pontian, serta aktiviti penanaman pokok.

“Juga untuk meningkatkan kualiti alam sekitar dan nilai estetika sebagai daya tarikan pelancong,” katanya lagi.

Tambahnya, masyarakat harus sedar, jika khazanah alam ini tidak dijaga dan dipelihara, mungkin generasi seterusnya tiada peluang untuk menikmati dan melihat kurniaan Tuhan yang indah ini.

Advertisement

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top