BM | EN | 中文

Promosi hidangan enak daerah, Tourism Selangor dan MBI bantu pengusaha

Promosi-hidangan-enak-daerah-Tourism-Selangor-dan-MBI-bantu-pengusaha.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 27 SEPT: Tourism Selangor bekerjasama dengan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mempromosi pelancongan makanan bagi membantu pengusaha makanan dan minuman (F&B) di negeri ini.

Pengurus komunikasi korporatnya Ahmad Nazri Tashriq Rahmat berkata promosi menerusi Platform Selangor (PLATS) menampilkan hidangan enak di setiap daerah untuk menarik pengunjung melawat dan berbelanja.

Menurutnya, segmen pelancongan makanan mempunyai potensi besar dan mampu memberi pulangan lumayan kerana mempunyai pengikut sendiri.

Advertisement

“Contohnya kita boleh promosi hidangan di Kuala Selangor seperti nasi ambeng, selain itu buat jejak makanan bermula dari sarapan hingga makan malam.

“Promosi ini kita lakukan dengan MBI melalui PLATS, akhir November depan Tourism Selangor bakal memperkenalkan pula direktori pelancongan makanan,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara Media Selangor bertajuk ‘Apa khabar pelancongan Selangor’ Jumaat lalu.

Advertisement

Sementara itu, Ahmad Nazri berkata 10,000 Baucar Pelancongan Negeri Selangor bernilai RM100 boleh ditebus menerusi platform e-dagang sedang dibangunkan pihaknya.

Jelasnya, kaedah penebusan dan pakej ditawarkan akan diumumkan dalam satu sidang media pertengahan Oktober ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top