BM | EN | 中文

Promosi di media sosial, Tourism Selangor bantu industri pelancongan

Tourism-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 18 JUN: Tourism Selangor mengadakan kempen mempromosikan produk keluaran industri pelancongan Selangor di media sosial.

Pengurus komunikasi korporatnya, Ahmad Nazri Tashriq Rahmat berkata inisiatif itu diambil dalam membantu industri terbabit untuk menjana pendapatan.

“Terdapat sesetengah hotel yang mengeluarkan produk dengan membuat tawaran penghantaran makanan kepada pelanggan.

Advertisement

“Kita membantu dengan menguar-uarkan inisiatif penggiat industri ini di media sosial kepada orang ramai,” kata Ahmad Nazri, lapor SelangorKini.

Beliau berkata agensi itu akan mengumumkan agihan peruntukan sebanyak RM2.55 juta bantuan kewangan kepada golongan tersebut pada 1 Julai hadapan.

“Tourism Selangor akan menjelaskan pelaksanaan bantuan ini dengan lebih terperinci dan dijalankan secara berperingkat,” katanya.

Advertisement

Pada 9 Jun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan empat inisiatif bantuan kewangan sektor pelancongan iaitu geran bantuan kewangan, baucar pelancongan, program latihan digital dan bantuan kewangan kepada persatuan pelancongan.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top