BM | EN | 中文

Projek WTE di Bukit Payung perlu DEIA baru, rundingan semula dengan penduduk

Bukit-Payung-Parit-Sulong-Batu-Pahat-Muar.jpg

BATU PAHAT, 18 OGOS: Projek Sisa Ke Tenaga (WTE) di Bukit Payung di sini memerlukan Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) yang baru, menurut wakil Persatuan Alam Warisan Bukit Payung, Eli@Abu Bakar Azmi.

Ini kerana katanya, projek sisa ke tenaga (WTE) di Bukit Payung, adalah sebuah projek yang berbeza dengan projek sanitari yang dicadangkan kerajaan sebelum ini.

Malah katanya, sesi taklimat semula perlu dibuat dengan pihak berkepentingan yang terkesan, terutamanya penduduk di sekitar kawasan Bukit Payung.

Tambah beliau lagi, sesi bantahan awam dalam tempoh 90 hari juga perlu dibuka semula kepada penduduk selepas DEIA yang baru dikeluarkan.

“Sepatutnya ada (DEIA) untuk WTE, (dan) sesi taklimat semula, macam 2012. Kena ada (sesi) bantahan dalam masa 90 hari.

“Kajian tak dilkeluarkan, tapi terus pergi proses (tender). Ia satu masalah pada kita. Kita nak bantah daripada mana kalau kajian tak keluar?

“Kalau dulu (2012) kita diberi masa 90 hari untuk bantah selepas kajian (DEIA) keluar, tapi kali ini tidak ada

“Benda (proses tender) ini diteruskan dengan tanpa ada kajian,” kata Abu Bakar ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian mengulas sesi maklumat tender yang diadakan pada 10 Ogos di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payung, Batu Pahat, Johor.

Abu Bakar berkata, sesi taklimat yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah diboikot oleh ketua-ketua kampung di sekitar Bukit Payung.

“Kalau kerajaan teruskan, bermakna dia sudah langgar (prosedur). (Mereka tak buat DEIA dari sanitari ke WTE,” katanya lagi.

Abu Bakar dalam pada itu memberitahu, peguam yang mewakili penduduk telah menerima jawapan balas daripada pihak kerajaan berhubung perintah penangguhan yang dikemukakan olehnya kepada mahkamah.

“Kita akan jawab bantahan itu,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top