BM | EN | 中文

Projek tapak pelupusan sisa pepejal Bukit Payong bukan punca banjir – KPKT

Banjir-Bukit-Payong-Dec-2019-2.jpg

BATU PAHAT, 6 SEPT: Pembinaan projek tapak pelupusan sisa pepejal sanitari (TPSPS) di Bukit Payong, bukan punca banjir di kawasan itu menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

KPKT melalui timbalan menterinya Ismail Abd Muttalib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh melalui penyata khas parlimen dikeluarkan Kementerian itu bertarikh 24 Ogos.

Menurut beliau, kejadian banjir pada 1 Disember 2019 di kampung sekitar Bukit Payong merupakan kejadian yang pertama kali berlaku sejak pihak kontraktor memulakan kerja di tapak.

“Punca utama kejadian banjir adalah rekod bacaan hujan menunjukkan jumlah taburan hujan sebanyak 71mm dan ini membuktikan bahawa keadaan cuaca yang sangat buruk dan di luar jangka semasa kejadian tersebut,” menurut jawapan tersebut.

Tambah KPKT, selain projek TPSPS di Bukit Payong, terdapat aktiviti guna tanah oleh pihak lain di kawasan berdekatan tapak.

Antaranya menurut KPKT seperti kebun jambu, kebun betik, kebun sayur, kolam katak dan kolam ikan yang berada tidak jauh dari tapak dan berada di kawasan sekitar jajaran Parit Puron.

“Selain itu, tapak projek ini mempunyai erosion and sediment control plan (ESCP) bagi tujuan kawalan hakisan dan sedimen.

“Walaubagaimanapun, kementerian tidak mempunyai maklumat sama ada pihak lain yang menjalankan aktiviti di kawasan sekitar untuk mempunyai kaedah kawalan hakisan dan sedimen yang sistematik.

“Oleh yang demikian, tiada data dan fakta yang dikeluarkan oleh sebarang agensi yang menyatakan projek ini adalah merupakan penyumbang kepada kejadian banjir tersebut,” tambah kenyataan KPKT.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top