BM | EN | 中文

Projek stesen RTS Bukit Chagar bakal dilancar 22 November ini

RTS-Bukit-Chagar.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 NOV: Projek stesen Sistem Transit Rapid (RTS) di Bukit Chagar yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands, Singapura bakal dilancarkan 22 November ini bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik pada Facebook Sultan Johor hari ini, disertakan beberapa gambar baginda menerima menghadap Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Hashim di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi di sini hari ini.

Pada pertemuan itu, Datuk Mohd Zarif turut mempersembahkan kepada Sultan Ibrahim berhubung perkembangan projek berkenaan, sebagai kesinambungan kepada pembentangan Belanjawan 2021, baru-baru ini.

Advertisement

“Antara perkara yang disentuh ialah pelancaran projek stesen RTS secara maya serta draf reka bentuk stesen berkenaan dengan kerja-kerja akan dimulakan sekitar hujung bulan ini selepas pelancaran,” menurut hantaran itu.

Tembah kenyataan itu lagi, Sultan Ibrahim turut berkenaan untuk dianjurkan sebuah pertandingan bagi hiasan fasad stesen berkenaan.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Pengarah Tanah dan Galian Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top