BM | EN | 中文

PROJEK SEPULUH TAHUN KARNIVAL RAGBI JOHOR BUAHKAN HASIL

Datuk-Noorazam-Osman-Johor-Rugby-Union.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 OGOS: Dua kejuaraan pada peringkat kebangsaan dalam tempoh sepuluh tahun, selain juara dua kali berturut-turut Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) bawah 18 tahun bagi tahun 2018 dan 2019 membuktikan kejayaan hasil dari program Karnival Ragbi Johor (JRC).

Presiden Kesatuan Ragbi Johor (JRU) Datuk Noorazam Osman berkata, usaha membangunkan sukan tersebut tidak mudah, namun berkat kesabaran dan kesungguhan ahli kesatuan, sukan tersebut berjaya mendapat tempat dan semakin popular terutamanya di kalangan pelajar sekolah.

“Alhamduliah. Setakat sepuluh tahun ini, banyak perkembangan terbaik dalam sukan ragbi di negeri Johor.

Advertisement

“Johor menjadi juara dua kali, dan pada peringkat MSSM telah dua kali menjadi juara bawah 18 tahun dalam tenpoh tiga tahun,” kata Noorazam ketika ditemui di Stadium Educity dekat sini, semalam.

Tambah Noorazam melalui Karnival Ragbi Johor, setiap pasukan berpeluang bertemu pesaing handal yang didatangkan dari seluruh negara, sekaligus meningkatkan kualiti permainan dan menjadi platform kepada pemain menampilkan bakat untuk tersenarai ke peringkat lebih tinggi.

“Kita memang melihat (karnival) ini sebagai satu ruang untuk memperkembangkan bilangan pemain ragbi.

Advertisement

“Kerana bila ada ramai bilangan pemain, maka kita boleh ketengahkan mereka sebagai pemain ragbi Johor atau Malaysia.

“Kalau kita tengok dalam pasukan ragbi junior Malaysia, ada empat hingga lima orang pemain dari Johor. Nampak perkembangan positif,” kata Noorazam kepada Johorkini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) menjelaskan, meskipun kelihatan ganas, sukan ragbi membina jati diri yang tinggi di dalam jiwa para pemain.

Advertisement

“Ragbi adalah ‘gentleman game’ dan jenis sukan yang berfikir. Ia akan menjadikan para pemain lebih matang dan lebih bijak,” jelas Noorazam.

Justeru itu, beliau mengalu-alukan penglibatan semua pihak sama ada dari peringkat akarumbi, sekolah mahu pun institusi pengajian tinggi dalam usaha memaju dan memperkembangkan sukan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top