BM | EN | 中文

PROJEK ‘SAKIT’ TAMAN SETIA INDAH SELESAI

taman-setia-indah-kprj.jpg
Advertisement

KPRJ akan menyambung kerja-kerja pembinaan projek ‘sakit’ Taman Setia Indah

JOHOR BAHRU, 11 SEPT: Kerajaan negeri komited untuk menyelesaikan projek ‘sakit’ Taman Setia Indah, di sini yang terbengkalai sejak tujuh lepas.

Terkini, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah dilantik sebagai pemaju penyelamat bagi menyiapkan kesemua 427 unit rumah di situ.

Advertisement

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad, KPRJ telah memulakan kerja-kerja pembinaannya secara berperingkat.

“Kerja-kerja pembinaan untuk menyiapkan 196 unit rumah di fasa 3B, Taman Setia Indah telah dimulakan.

“Dijangka pembinaannya untuk fasa itu memakan masa tujuh bulan dan tiga bulan lagi bagi proses permohonan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Advertisement

“Kemudiannya akan diikuti dengan fasa 3A membabitkan 95 unit dan fasa dua iaitu 136 unit,” katanya.

Ujar Adun Kota Iskandar itu lagi, setakat ini pembinaan projek itu di tahap antara 85 hingga 90 peratus.

“Dianggarkan kos menyiapkan projek ‘sakit’ di situ lebih kurang RM26 juta,” katanya lagi.

Advertisement

Isu kegagalan pemaju menyiapkan rumah di Taman Setia Indah mendapat perhatian kerajaan negeri Johor, selepas pembinaannya terbengkalai sejak lima tahun lalu.

Pembeli mendakwa pinjaman bank telah dibuat sejak 2012 dan mereka dijanjikan oleh pihak pemaju untuk diberikan kunci pada 2017.

Kerajaan Johor awal Januari tahun ini memutuskan untuk mengambil alih projek tersebut selepas pertemuan dengan jawatankuasa bertindak dan pembeli projek perumahan tersebut pada 26 September 2018.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top